Ulasan: HACKSAW RIDGE (2017) | Casey's Movie Mania | Movie Reviews, Features & Others

Tuesday, 7 February 2017

Ulasan: HACKSAW RIDGE (2017)

Ulasan: HACKSAW RIDGE (2017)

Desmond Doss (Andrew Garfield) menyertai tentera pada Perang Dunia ke-2 tetapi kerana pegangan agama Seventh Day Adventist sangat kuat, dia enggan mengangkat senjata atau membunuh musuh. Sikapnya memberi masalah kepada ketua latihan tentera Kapten Glover (Sam Worthington) & Sarjan Howell (Vince Vaughn) membuatkan dia sering dibuli dan dijadikan bahan jenaka sehingga terpaksa dibicarakan di Mahkamah Tentera. Doss ditugaskan menjadi Tentera Perubatan dibawah 77th Infantry Division sewaktu Battle of Okinawa. Dalam satu serangan mengejut Tentera Jepun, Doss tidak berundur dan menyelamatkan rakan-rakan seperjuangannya yang cedera di medan perang.


ULASAN: Cabaran utama pembikinan filem ini bukan disebabkan perancangan besar menghasilkan filem peperangan tetapi keengganan Desmond Doss memberi kebenaran kepada banyak penerbit filem. Sama seperti watak lakonan Andrew Garfield, Doss yang rendah diri tidak mahu kisahnya hidupnya diperbesarkan atau di tokok tambah sehingga projek filem HACKSAW RIDGE tertangguh selama 14 tahun.

Apa yang anda lihat di pawagam adalah himpunan temuramah dokumentari tahun 2004 arahan Terry Benedict yang dijadikan sebuah skrip oleh Andrew Knight, Robert Schenkkan dan Randall Wallace. Mel Gibson pula dengan hati-hati mentafsirkannya menjadi sebuah filem yang sangat straight-forward bertepatan dengan kehendak Doss.

Hasilnya filem ini nampak sangat olskool dan raw seperti filem perang 70’an. Gibson berjaya menghidupkan peperangan Okinawa dengan teknik penggambaran yang sangat basic, tak perlu guna drone untuk membuat babak yang epik, tak perlu goyang-goyang kamera macam JASON BOURNE sewaktu babak perang dan menggunakan practical-stunt yang sangat real tetapi gory dari menggunakan CG.

Ulasan: HACKSAW RIDGE (2017)

Gibson juga memecah tradisinya kerana protagonis filem ini tidak bertindak ganas seperti watak dalam APOCALYPTO dan BRAVEHEART. Pujian kepada Andrew Garfield yang membawa watak Doss dengan baik sekali, kita dapat rasai kekecewaan dan penderitaan membahagikan tugas dan kepercayaannya sehingga pada awalnya kita fikir Doss seorang yang lurus bendul seperti Tom Hanks' Forrest Gump tetapi pergolakan jiwa dan zaman kanak-kanak penuh trauma membuatkan dia bertekad untuk mengubah Perang Dunia ke-2 melalui prinsip hidup dan agama.

Walaupun filem ini punyai banyak pelakon, Gibson berjaya merakam emosi setiap seorang sehingga watak kecil Hugo Weaving (mewakili derita), Teresa Palmer (mewakili cinta) dan Vince Vaughn (mewakili komedi) memberi kesan mendalam kepada penonton.

Ulasan ini ditulis oleh Ezli Qamari.

Walaupun filem ini berdurasi lebih dari 2 jam, namun ia tidak terasa panjang kerana kebijaksanaan Mel Gibson menggabungkan elemen keganasan perang, ketulusan cinta dan pegangan agama yang cukup efektif.

No comments: