Ulasan: JOHN WICK: CHAPTER 2 (2017) | Casey's Movie Mania | Movie Reviews, Features & Others

Monday, 27 February 2017

Ulasan: JOHN WICK: CHAPTER 2 (2017)

Ulasan: JOHN WICK: CHAPTER 2 (2017)

Selepas mendapat kereta Mustang 1969 kesayangannya, John Wick (Keanu Reeves) mahu meninggalkan kerjaya lamanya akan tetapi dia dipaksa kembali dalam dunia pembunuh upahan oleh Santino D’Antonio (Riccardo Scamarcio) menuntut sumpah berdarah yang pernah dilakukan John satu masa dahulu untuk membunuh Gianna (Claudia Gerini). Dalam keterpaksaan, John bersetuju lalu berhadapan dengan cabaran oleh pengawal peribadi Gianna: Cassian (Common).


ULASAN: Dari babak pertama pancaran filem klasik diatas bangunan, pengarah Chad Stahelski sudah menunjukkan banyak elemen berbentuk seni sehinggalah babak terakhir yang mengingatkan kita filem Bruce Lee ENTER THE DRAGON (1973). Bersama pengarah sinematografi Dan Lausten, setiap babak aksi dirakam dengan cantik dan penuh ketepatan tidak kira babak bersenjata atau hand-to-hand combat. Perancangan teliti dalam lagak ngeri, seni mempertahankan diri dan rehearsal berkali-kali memperlihatkan kelancaran setiap babak yang hampir flawless.

Keanu Reeves merupakan tulang belakang kepada kejayaan filem kerana dedikasinya berlatih gigih dan melakukan stunt sendiri walaupun sudah berusia 52 tahun dan kali ini kita dapat lihat kelemahannya yang hilang ‘God mode’ tidak seperti filem pertama. Rapper terkemuka Common juga karisma dari karakternya dalam RUN ALL NIGHT (2015) ke tahap lebih tinggi. Watak Ares (Ruby Rose) walaupun kecil tetapi membawa kreativiti dalam babak subtitle unik dari filem pertama.

Ulasan: JOHN WICK: CHAPTER 2 (2017)

Dengan bajet yang lebih besar, filem ini mempunyai banyak kebebasan berbanding dengan filem pertama sehingga dapat ke lokasi antarabangsa. Akan tetapi babak parti dan pertemuan dengan Gianna di Rome merupakan babak paling bosan dalam keseluruhan filem ini. Pengarah agak terbawa-bawa kerana mahu memasukkan elemen seni dalam babak mudah.

Namun kepincangan terbesar dalam filem kedua ada penulisan Derek Kolstad sendiri. Berbeza dengan filem pertama yang berdasarkan dendam peribadi, John Wick kali ini memilih kembali menjadi pembunuh upahan. Walaupun cuba dibebani plot ‘janji mesti ditepati’ dan John yang dipaksa, penonton akan rasa aneh kenapa John, manusia paling fokus di dunia membuat pilihan yang lebih berisiko untuk melangsaikan hutang darahnya. Ditambah dengan pengakhiran yang terbuka, membuatkan anda terfikir adakah francais ini menjadi keterlampauan sehingga melupakan jati diri asal karakter John Wick?

Ulasan ini ditulis oleh Ezli Qamari.

Tidak dapat dinafikan JOHN WICK: CHAPTER 2 arahan solo Chad Stahelski adalah salah satu filem penuh aksi yang mantap dan juga terbaik tahun 2017.

No comments: