Ulasan: GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 (2017) | Casey's Movie Mania | Movie Reviews, Features & Others

Monday, 8 May 2017

Ulasan: GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 (2017)

Ulasan: GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 (2017)

Guardians of the Galaxy kembali untuk buat apa lagi, selamatkan galaksi dari serangan raksasa Abilisk yang menyerang Sovereign, makhluk asing berkulit emas diketuai oleh Ayesha (Elizabeth Debicki). Setelah menerima "upah" mereka, Rocket (Bradley Cooper) yang panjang tangan telah mencuri bateri berharga milik Sovereign. Dalam usaha melarikan diri, mereka terserempak dengan Ego (Kurt Russell) yang mendakwa punyai talian darah bersama Peter Quill (Chris Pratt).



ULASAN: GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 punyai opening credits terbaik dalam sejarah Marvel yang mengabungkan aksi, komedi dan muzik dengan cemerlang sewaktu lagu ELO "Mr. Blue Sky" berkumandang sambil Baby Groot (Vin Diesel) buat hal sendiri sambil rakan-rakannya berlawan mati-matian menentang raksasa Abilisk.

Akan tetapi momentum penceritaan yang menjayakan filem pertama terhenti apabila mereka pergi ke Planet Ego, pacing filem mula perlahan dan untuk menghilangkan kebosanan ia terpaksa dibahagikan kepada dua penceritaan: pengembaraan Quill/Gamora/Drax dan pengembaraan Rocket/Groot. Babak penerangan Ego yang panjang berjela menggunakan paparan 3D tak ubah macam babak Kal-El buat penerangan pasal Krypton dalam MAN OF STEEL (2013).

Ulasan: GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 (2017)
Ulasan: GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 (2017)

James Gunn sebagai pengarah dan penulis kali ini cuba bermain dengan emosi yang keterlampauan sehingga hilang impak sebenar. Filem pertama berjaya menyentuh perasaan penonton kerana hanya dua saja babak yang betul-betul sedih iaitu babak “We are Groot” dan Quill terbayang ibunya menghulurkan tangan sewaktu Gamora (Zoe Saldana) mahu membantu. Elemen kekeluargaan yang berkali-kali cuba diterapkan juga tidak kesampaian terutamanya antara Gamora dan Nebula (Karen Gillan).

Namun begitu, disebalik banyak kelemahan GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 masih berjaya mengekalkan komedi berkesan terutamanya dinamik antara Drax (Dave Bautista) bersama Mantis (Pom Klementieff) dan Rocket bersama Yondu (Michael Rooker). Pilihan lagu-lagu iringan dalam himpunan "Awesome Mix Vol. 2" juga amat bertepatan dengan setiap situasi Guardians hadapi. Sebagai contoh, lagu “Father and Son” oleh Yusof Islam memberi kesan lebih dari babak yang sedang berlaku atas layar.

Ulasan: GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 (2017)


GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 penuh dengan kehebatan visual, lebih berwarna warni dan penuh dengan nilai kekeluargaan tetapi sedikit lemah akibat plot yang tidak konsisten.

No comments: